Labels

Kisahku (7) Notaku (2)

Tuesday, 18 December 2012

Pening

Seawal 9 pagi perlu berada di wad 6B untuk Bed Site teaching. Namun, dalam pukul 10 baru bermula proses pembelajaran di katil itu memandangkan mereka tidak habis clerk lagi, bila dah habis pulak ada doktor yang melakukan ward round menyebabkan kami terpaksa menunggu. Mahu menggunakan tempat lain luar dari ward terlalu banyak birokrasi kerana dr yang bertanggungjawab adalah dari pihak universiti dan bukannya dari hospital sendiri.Hari ini 2 orang daripada ahli kumpulan aku dikehendaki untuk clerk case menurut apa yang disepakati melalui undian nombor tempoh hari. Hmm tunggu punya tunggu dapatlah jugak buat bst. Member aku yang present bst tu pulak suara memang tak boleh blah macam berbisik dalam kelambu je rupenye. sabo jelah.Aku yang berdiri kat belakang dia rase cam nak letak stethoscope je supaya dengo dengan jelas ape yg die present kat dr. Kes pertama pukul 10 sampai pukul 11.30..huhu bayangkan 1 jam setengah berdiri je..haha tapi dr tu steady je beb..tabik 44 tiang la walaupun usia die mahu pangkat nenek kot bagi kami. Macam biasalah Bst memang akan lama almaklumlah akan ada je yang tak cukup itu dan ini di samping celahan dr yang memanjang menasihati kami supaya tahu itu dan ini dan sememangnye proses pembelajaran adalah begitu. malah ada tugasan yang diberi sebagai kerja rumah iaitu anthropometric measurement dari budak baru lahir sampailah ke 6 tahun dan kawasan yang sepatutnye di letak stethoscope untuk auscultation of the lung depan dan belakang. Banyak lagi la yang diajar antaranya aku sebut point2 je lah. kenapa kita tak boleh bagi susu botol kepada anak2 kecil ni? mereka memerlukan susu ibu kerana banyak khasiat dari susu ibu ni. lagi, kami perlu tahu 'by hard' tentang immunization. Primary immunisation, booster die bile sume. Kanak2 yang diclerk tadi merupakan anak salah seorang pelajar uni jugak sama kos dengan kami semua dan dia sekarang post medicine tak silap aku.patutlah aku cakap ngan member aku, muka akak nih ada macam sorang budak kos kita la weh..hahaha pastu member aku cakap memang la..patutla familiar je kan..hoho =P..so senang la jugak untuk berinteraksi untuk amek history taking sebab die pun faham term2 medical kan. Tapi malangnya kami tak dapat melakukan physical examination kat budak ni, sebab die dah kena panggil buat chest x-ray sebab dr diagnose die as pneumonia. berusia 11 bulan.. hmm..budaknye periang, mudah mesra dan tak takut orang..bagus sangat =)

Sesi bst yang kedua pukul 12.30 sampai pukul 1.30 camtu. ni pun, kami kena berdiri jugak.. tambahan dengan keadaan wad yang agak panas memang macam cacing kepanasan jugaklah, tak reti duduk diam kan..Patient ni agak susah cooperate sikit mungkin sebab dah besar kot, jadik agak pemalu di situ..die masuk sebab febrile convulsion (tarik) berumur 5 tahun..Member aku amek history je sebab susah nak buat P/E on this patient dan masa kami ramai2 pun, dia merengek dan lepas tu tdo..haha mungkin tak mahu diperiksa. dalam hati baik aku tdo, selamat tak payah kena periksa..

Kepala aku da rasa pusing2 da pada sesi bst yang kedua tu..tak tahu kenapa.lately selalu pening kepala la..adoii stress ka..tapi aku akui memang stress pun.iyelah rase macam diri ni kurang sangat.banyak sangat yang perlu dipelajari dan diperbaiki..hmm tambahan risau dengan keputusan posting lepas yang tambah memusingkan lagi kepala aku pada tahap 360 degree dan dah nampak bintang2 dah sekeliling kepala..hahaha hiperbola sangat kau ni shela. tapi banyak la aku denga kan dr2 aku sume cakap dr is dealing with the stress. everyday, everytime in stress and you have to familiarise yourself with it..hehe..jadik normal ke tuk aku pening2 kepala macam nih..huhuhu =(


Hahaha memandangkan aku di wad paediatrik kan sekarang..nah gambar budak pening kepala..nak tambah pening kepala lagi, what is your diagnosis for this child..muahaha


1 comment:

  1. FFXIV Titanium Nugget 4-Piece Razor | Titsanium Art
    Made by FFXIV Titanium Nugget, a high quality titanium dental shaving app made of durable and titanium wire durable aluminum with powerbook g4 titanium an added layer of titanium studs non-stop comfort. ion titanium hair color

    ReplyDelete