Labels

Kisahku (7) Notaku (2)

Tuesday, 16 April 2013

Pandang atas, Pandang bawah



Banyak benda pada diri kita  membuatkan kita tidak puas hati, membuatkan kita rasa kekurangan masih ada lagi yang tidak cukup, secara ringkasnya kita mahukan kesempurnaan, kita mahukan perhatian mahukan pada kebendaan dan kemewahan. Ya, memang tidak dinafikan hal ini adalah perkara biasa perasaan hati dan nafsu manusia yang tidak pernah puas dan mensyukuri atas apa yang ada. Kita sering sekali melihat benda yang bukan milik kita lantas mengidami apa yang ada pada orang lain yang Nampak cantik pandangannya pada deria mata kita. Namun, jarang kita melihat, merenung apa yang kita ada dan mensyukurinya malah mungkin kita tidak pernah sedar atas apa yang kita miliki yang mana mungkin orang lain juga mahu menjadi dan memiliki apa yang kita ada. Untuk ini jikalau kita mahukan kerendahan hati wujud dalam diri kita, maka untuj hal dunia, maka pandanglah pada orang yang di bawah kita, jika dalam hal akhirat, maka pandanglah pada orang yang di atas kita..jika ini diamalkan, insya-Allah, kerendahan hati akan terbit dan sifat syukur akan kita peroleh.

Alam diciptakan untuk apa? Di dalam alam ada pelbagai kehidupan. Untuk tujuan apakah hidupan-hidupan ini diciptakan? Antara salah satu sebabnya supaya kita dapat belajar melalui alam sekeliling kita. Sepanjang aku berada di fasa klinikal ini, ia mengajar aku untuk lebih menghargai dan mensyukuri atas nikmat kesihatan dan lain2 nikmat yang Allah kurniakan kepada aku. Betullah kata kebanyakan orang nikmat kesihatan itu adalah amatlah berharga. Ianya datang dari badan yang sihat melalui penjagaan individu itu tersendiri. Bidang aku mengajar untuk tidak meletakkan simpati tetapi empati. Aku perlu menjauhkan emosi tetapi cuba meletakkan diri aku dalam diri individu yang aku depani dengan maksud cuba memahami keadaan yang mereka alami. Jika emosilah yang diletakkan utama, jawapannya hanya pada mata.

Teruslah berlari mengejar mimpi. Jangan pernah berhenti kerana kelak impi mu itu insya-Allah akan menjadi realiti =D

No comments:

Post a Comment