Labels

Kisahku (7) Notaku (2)

Tuesday, 15 March 2016

Temuduga SPA

Alhamdulillah baru balik dari interview spa. Panel aku 08. Dato' Norzam. Memang sempoi..keluar rumah dalam pukul 7 pagi dengan Abah. Iyelah nak ke Ipoh..interview start pukul 9 pagi. Kami ikut jalan lama, takut jem nanti nak masuk ipoh sebab waktu puncak orang masuk kerja kan.

Pusat temuduga spa tu sebelah je dengan restoran simpang tiga, greentown square. Kat tingkat 5. Masuk je pintu spa tu, cam pelik kejap..sebab lengang. Hanya ada 3 orang yang hendak ditemuduga dan seorang encik menunggu di kaunter..encik tu mintak la salinan dokumen dan sijil sijil semua..yg salinan tu aku letak dalam clear folder, die suruh keluarkan, dan susun ikut tertib..jadi kalo yg iv kat ipoh, bagi je macam tu..tak payah file ke ape taw.. Pastu die cop dan suruh kite isi jawatan dan tarikh temuduga.

Giliran aku 1006. Ikut 1st come 1st serve. Rupanya dah ada 3 orang dalam bilik interview tu..by group. Panel harini cuma seorang sahaja dari spa. Dari kkm tak de.hehe

Nombor dipanggil, dan gp ak pun masuk. Gp kami 1 Malaysia. Ak satu gp dengan Kishan dari msu jugak dan ling dari mannipal.

Perbualan dengan penemuduga sangat santai.

  • Kami disuruh untuk memperkenalkan diri masing masing ( asal kelahiran, latar belakang keluarga dan latar belakang pendidikan). 
  • Mengapa tugas seorang houseman dikira mencabar
  • Posting apa yang dirasakan paling mencabar dan kenapa..hehe
  • Bincang dalam kumpulan untuk bawa isu semasa apa dalam perbincangan bersama panel. Kami memilih isu zika..walaupun ak sebenarnya tak prepared pun isu tu..huhu btw, insyaAllah boleh..sorang bincang pasal asal usul zika, implikasi zika dan last sekali aku goreng goreng je..hahaha sebab rasa cam sume point dorg dah sentuh
  • Then, last sekali just sembang sembang je pasal denggi, usaha bagaimana nak atasi masalah denggi ni. Dato je yg banyak cerita pasal kejiranan dan semangat gotong royong hari ini yang seolah sudah terhakis.
  • Dato tnya ada soalan apa apa nak tanya.belum sempat kami tnya, dia dah jawab dulu bahawa penempatan tiada lagi setakat ini. Mungkin paling awal pun bulan 5 insyaAllah :)
Bagi yang akan menghadapi interview, stay calm..iv spa untuk ud41 ni adalah satu proses sebelum penempatan.insyaAllah semua lulus. Walaupun sebenarnya ak cuak jugak..tak boleh blah, betullah mengikut kajian lebih 50% apa yang kita risaukan sebenarnya tidak terjadi..

Jika kita merasakan masalah kita besar, ingatlah kita punya Allah yang maha besar :D

Owh ye, keluar bilik iv, baru tengok ramai orang..harini mngikut list nama rasanya kurang  dari 20 orang. Iv ak 30 minit..masuk 8.50 keluar 9.20.

All the best semua..moga dipermudahkan :)

Wednesday, 22 April 2015

EOP Y5 O&G Clinical

Alhamdulillah..baru habis exam clinical o&g kat htar pagi tadi. Macam biasalah walaupun dah banyak kali exam pun, debaran nak masuk exam tu masih ada.


Malam tadi aku tdo awal kot, huhu tak taw rasa penat mungkin seharian di tun uda kot ngan rina dan zeera.. siap bawak bekal macam nak ke picnic..hahaha

gerak ke hospital awal la tadi..keluar pesanda pukul 6.55 pastu gi amek tinie kat perdana.. sampai htar dlm kul 7.40 camtu. htar aku datang awal camtu pun, masih tak dapat parking..huhu kena jugaklah parking kat dataran bebatu tu.

masuk je hospital, aku buat aktiviti wajib sebelum masuk exam dulu..hehe kalau tak buat tak sah nanti..hahaha dahlah pagi tadi sakit perut 2 kali gi bilik kecik. sakit perut nih memang sudah kujangka sebab semlm makan nasi lomak podeh gilos dgn roti canai yang kuahnya dah masam sikit sementara terperangkap dlm jem nak balik persanda.

kami pun tunggu la kat bilik sollitaire kat wad 1D sementara nak kena panggil nama untuk exm. 4 orang sekali kena panggil g exam.. aku group yang last kena panggil, lama kot tunggu aku, zera ngan shazni dah ngantok2 dah..ok pegi exam, then, adoyy banyok beno konfliknye. First pegi kat pt tu, die dah bleeding, so cant proceed, go to another pt, takde kat bed pulak..gi toilet..pastu gi atas pulak kat gynae ward, lama kot tunggu kat situ sebab pt tu, dr tgh review die sebab ward round kan. dalam 8 minit kot, lambat sangat, akak yg time keeper tu bawak aku turun balik..adehh, aku dah le tak sarapan pagi lagi..nervous punnye pasal.kang makan udoh payoh nak ke toilet pulak. then kena tunggu lagi kat bawah tu..sebab tunggu kawan aku habis exm ngan dr. 

Aku pun proceed la take hx ngan perform pe on patient tu..she's 30 years old, G3P2 at 40 weeks POG present to htar yesterday for a delivery. She is a known case of Gestational Diabetes Mellitus diagnosed during 12th week of pregnancy. MOGTT was done because of overweight. fasting reading cant recall but the 2 hrs postprandial of glucose is 6.9 mmol/L. She has 1 previous scar. On examination,peripheral, vital ok, respi and cvs ok. on abdominal, abdomen distended with gravid uterus evidenced by linea nigra, striae gravidarum and striae albicans, theres low transverse scar at suprapubic area measuring of 14 cm, hypertrophy scar, surrounding skin ok. CFH 32 wks full flank, SFH 38 cm. abdomen soft and non tender. no scar tenderness. this is a singleton pregnancy, longitudinal lie with cephalic presentation,fetal back at maternal right and fetal limb at maternal left.head not engaged, liquor was adequate, pt not in labor. 

And pt ni ada abd pain jugak start 2 hours ago. but the pain not suggestive of labor pain la. aku punya masa sebenarnya dah dicut short. aku kena present kat dr 5 mins awal. huhu dah le dr myo. memula ak ingat cam, owh dpt dr lain kot sebab ak lambat start then dr pulak dah habis dengan lawrence. lawrence atas ak. akak tu dtg kat aku die kata dr myo..hoho harapan ku tidak menjadi kenyataan..ingatkan dapatle dr saxena ke kan..hahaha

oklah..dr dtg kat bed, then die bawak aku gi koridor wad..die amek kerusi die duduk situ..then ak present la. banyak juga perkara yg aku buat silap

1. awal2 hopi dah die comment..huhu "6.9?? 6.9 diabetic?" ak pi jawab impaired mogtt dr. "in obs do we have impaired mogtt?" haaa sudah aku dah blur blur situ..ak pun baru prasan waktu present kat die..ak dah menggelabah kot kat situ..then die tunggu kejap nak denga ak jawab ap..yes dr, it is normal..huhu then she said, "its ok continue" but i can see her expression..die kata this is not bst just continue with what u have..ok then hopp ok, past obs ok, then the rest hx die taknak, die suruh proceed with pe. 

2. kat pe after general, peripheral, vital, aku terus pi obs..tapi ak sebenarnya nak cakap jugak systemic tu tapi ntah tak terkeluar dr mulut nih..huhu die pun, "u shud look at the pt as a whole eventhough this is obs". haa sudah, 

3. dekat abdominal xm, die tanya what else, ak rasa ak dah citer finding sume..apa lagi yang die nak ni kan..huhu rupa rupanya die nak waktu palpate tu ada rasa contraction tak? huhu

4. about scar tu, die tanya worried of hypertrophy scar ke? ak pun yes..then pikir pikir balik no, worried of the uterine scar dr.

5. what is your provisional dx? ishhh napalah aku pi jawab early labor, tetiba keluar dr mulut..aku pun tanpa segan silu,  sorry sorry dr, no no, this pt 30 years old bla bla has gestational dm..then dr suruh tambah with 1 previous scar..

6. ix, die tanya why nak buat ctg, aku pun jawab to assess fetal condition to look for fetal distress, depends on baseline FHR, beat to beat bla bla..then "i ask u  why why not what how"..ak pun ape mende eh..rasa cam jawab dah betul dahh..rupa rupanya pt nih dah term thats why la buat ctg

7. mx ak pi jawab to allow svd..nih memang hekk la kan..sebab pt with dm kena iol..and pt tu pun dah masuk prostin pagi tadi. nih pun dr bagi ak lecture jugak..

kesimpulannya aku pun takda clue ok ke tak aku buat exam kali ni..huhu ak doa sangat ok..kalo sapa2 yang baca nih, doakan ak jugak eh. jumaat theory pulak.

nak amek barang sume, member ak mmg sume dah habis, mmg tunggu aku je..huhu aku la yang paling lambat nih..aku habis exm tadi kul 1200 tepat tepat..haha.. 

pastu kami pun pi ayam penyet padang jawa, tempat selalu lunch pas exam.
sekian saja post ak kali nih setelah lama gila tak update blog..

Tuesday, 16 April 2013

Pandang atas, Pandang bawah



Banyak benda pada diri kita  membuatkan kita tidak puas hati, membuatkan kita rasa kekurangan masih ada lagi yang tidak cukup, secara ringkasnya kita mahukan kesempurnaan, kita mahukan perhatian mahukan pada kebendaan dan kemewahan. Ya, memang tidak dinafikan hal ini adalah perkara biasa perasaan hati dan nafsu manusia yang tidak pernah puas dan mensyukuri atas apa yang ada. Kita sering sekali melihat benda yang bukan milik kita lantas mengidami apa yang ada pada orang lain yang Nampak cantik pandangannya pada deria mata kita. Namun, jarang kita melihat, merenung apa yang kita ada dan mensyukurinya malah mungkin kita tidak pernah sedar atas apa yang kita miliki yang mana mungkin orang lain juga mahu menjadi dan memiliki apa yang kita ada. Untuk ini jikalau kita mahukan kerendahan hati wujud dalam diri kita, maka untuj hal dunia, maka pandanglah pada orang yang di bawah kita, jika dalam hal akhirat, maka pandanglah pada orang yang di atas kita..jika ini diamalkan, insya-Allah, kerendahan hati akan terbit dan sifat syukur akan kita peroleh.

Alam diciptakan untuk apa? Di dalam alam ada pelbagai kehidupan. Untuk tujuan apakah hidupan-hidupan ini diciptakan? Antara salah satu sebabnya supaya kita dapat belajar melalui alam sekeliling kita. Sepanjang aku berada di fasa klinikal ini, ia mengajar aku untuk lebih menghargai dan mensyukuri atas nikmat kesihatan dan lain2 nikmat yang Allah kurniakan kepada aku. Betullah kata kebanyakan orang nikmat kesihatan itu adalah amatlah berharga. Ianya datang dari badan yang sihat melalui penjagaan individu itu tersendiri. Bidang aku mengajar untuk tidak meletakkan simpati tetapi empati. Aku perlu menjauhkan emosi tetapi cuba meletakkan diri aku dalam diri individu yang aku depani dengan maksud cuba memahami keadaan yang mereka alami. Jika emosilah yang diletakkan utama, jawapannya hanya pada mata.

Teruslah berlari mengejar mimpi. Jangan pernah berhenti kerana kelak impi mu itu insya-Allah akan menjadi realiti =D

Tuesday, 18 December 2012

Pening

Seawal 9 pagi perlu berada di wad 6B untuk Bed Site teaching. Namun, dalam pukul 10 baru bermula proses pembelajaran di katil itu memandangkan mereka tidak habis clerk lagi, bila dah habis pulak ada doktor yang melakukan ward round menyebabkan kami terpaksa menunggu. Mahu menggunakan tempat lain luar dari ward terlalu banyak birokrasi kerana dr yang bertanggungjawab adalah dari pihak universiti dan bukannya dari hospital sendiri.Hari ini 2 orang daripada ahli kumpulan aku dikehendaki untuk clerk case menurut apa yang disepakati melalui undian nombor tempoh hari. Hmm tunggu punya tunggu dapatlah jugak buat bst. Member aku yang present bst tu pulak suara memang tak boleh blah macam berbisik dalam kelambu je rupenye. sabo jelah.Aku yang berdiri kat belakang dia rase cam nak letak stethoscope je supaya dengo dengan jelas ape yg die present kat dr. Kes pertama pukul 10 sampai pukul 11.30..huhu bayangkan 1 jam setengah berdiri je..haha tapi dr tu steady je beb..tabik 44 tiang la walaupun usia die mahu pangkat nenek kot bagi kami. Macam biasalah Bst memang akan lama almaklumlah akan ada je yang tak cukup itu dan ini di samping celahan dr yang memanjang menasihati kami supaya tahu itu dan ini dan sememangnye proses pembelajaran adalah begitu. malah ada tugasan yang diberi sebagai kerja rumah iaitu anthropometric measurement dari budak baru lahir sampailah ke 6 tahun dan kawasan yang sepatutnye di letak stethoscope untuk auscultation of the lung depan dan belakang. Banyak lagi la yang diajar antaranya aku sebut point2 je lah. kenapa kita tak boleh bagi susu botol kepada anak2 kecil ni? mereka memerlukan susu ibu kerana banyak khasiat dari susu ibu ni. lagi, kami perlu tahu 'by hard' tentang immunization. Primary immunisation, booster die bile sume. Kanak2 yang diclerk tadi merupakan anak salah seorang pelajar uni jugak sama kos dengan kami semua dan dia sekarang post medicine tak silap aku.patutlah aku cakap ngan member aku, muka akak nih ada macam sorang budak kos kita la weh..hahaha pastu member aku cakap memang la..patutla familiar je kan..hoho =P..so senang la jugak untuk berinteraksi untuk amek history taking sebab die pun faham term2 medical kan. Tapi malangnya kami tak dapat melakukan physical examination kat budak ni, sebab die dah kena panggil buat chest x-ray sebab dr diagnose die as pneumonia. berusia 11 bulan.. hmm..budaknye periang, mudah mesra dan tak takut orang..bagus sangat =)

Sesi bst yang kedua pukul 12.30 sampai pukul 1.30 camtu. ni pun, kami kena berdiri jugak.. tambahan dengan keadaan wad yang agak panas memang macam cacing kepanasan jugaklah, tak reti duduk diam kan..Patient ni agak susah cooperate sikit mungkin sebab dah besar kot, jadik agak pemalu di situ..die masuk sebab febrile convulsion (tarik) berumur 5 tahun..Member aku amek history je sebab susah nak buat P/E on this patient dan masa kami ramai2 pun, dia merengek dan lepas tu tdo..haha mungkin tak mahu diperiksa. dalam hati baik aku tdo, selamat tak payah kena periksa..

Kepala aku da rasa pusing2 da pada sesi bst yang kedua tu..tak tahu kenapa.lately selalu pening kepala la..adoii stress ka..tapi aku akui memang stress pun.iyelah rase macam diri ni kurang sangat.banyak sangat yang perlu dipelajari dan diperbaiki..hmm tambahan risau dengan keputusan posting lepas yang tambah memusingkan lagi kepala aku pada tahap 360 degree dan dah nampak bintang2 dah sekeliling kepala..hahaha hiperbola sangat kau ni shela. tapi banyak la aku denga kan dr2 aku sume cakap dr is dealing with the stress. everyday, everytime in stress and you have to familiarise yourself with it..hehe..jadik normal ke tuk aku pening2 kepala macam nih..huhuhu =(


Hahaha memandangkan aku di wad paediatrik kan sekarang..nah gambar budak pening kepala..nak tambah pening kepala lagi, what is your diagnosis for this child..muahaha


Tuesday, 11 December 2012

Bronchiolitis

Bronchiolitis adalah inflammation of the bronchioles (smallest airway passages of lung), radang bronkioles iaitu saluran terkecil untuk laluan udara ke paru2. Bronchiolitis merupakan penyakit sistem pernafasan (respiratory system) yang paling biasa berlaku di kalangan kanak2 yang berumur 1 hingga 6 bulan. RSV (Respiratory Syncytial Virus) merupakan faktor utama penyakit ini. Virus yang menyerang bronchioles ni akan menyebabkan necrosis, inflammation,edema and mucus secretion. Gabungan cellular destruction dan inflammation leads to obstruction of small airways, jadi nye laluan udara menjadi sempit sebab da terhalang dengan necrosis, inflammation, edema ngan mucus secretion tu.untuk epithelial cell regrow mengambil masa selama 2 minggu selepas infection dan sembuh sepenuhnye mengambil masa selama 4 hingga 8 minggu iaitu sebulan dua bulan macam tu. Walaupun ianya bersifat endemik (sepanjang tahun ade je) tapi kemuncak penyakit ni dalam bulan nov, dec, dan jan (musim hujan kat malaysia) kalo kat negara lain musim salji. Kanak2 yang lahir tak cukup bulan dengan bronchopulmonary dysplasia dan congenital heart disease terdedah kepada penyakit ini.

simptom awal:coryza (selesema, batuk dan demam), simptom lewat: batuk yang teruk, kesukaran bernafas, nafas pendek2, bunyi wheezing cam orang baru belajar violin tu tapi selalu on auscultation ngan stetoscope la kite dengar tapi sebab bunyi ni terlalu kuat, so boleh dengar bile die bernafas, dan kesusahan untuk makan dan menyusu.(ingat ye, kita boleh bagi budak makanan pepejal seawal umur dia 6 bulan). kurang selera makan, not feed well dan dehydrated. muntah lepas batuk pun boleh jadi jugak.

tanda2
-Inspection: batuk kering, tachycardia(kadar degupan jantung tinggi), cyanosis(biru2 kat badan, kulit, bibir,muka), tachypnoea(kadar pernafasan bertambah), apnea(pernafasan terhenti seketika dalam masa 20 saat), subcostal dan intercostal recession(ada lekuk kat tulang rusuk bile bernafas), hyperinflated chest(sternum will be prominent and liver displaced downwards)

-Percussion: Hyperresonant sound heard sebab terkumpul udara yang banyak dalam paru2 sebab laluan dia sempit kan, sebab udara banyak terperangkap di dalam.kalo normal kita percuss akan dengar resonant yg ni hyperresonant.

-Auscultation: decreased breath sound due to decrease air entry, crepitation(kita akan dengar at the end of inspiration), ronchi (dengar at expiration)

 

Apakah komplikasi yang bakal terjadi? recurrent apnoea dan bronchitis obliterans (sangat jarang berlaku di mana kerosakan kekal pada laluan pernafasan udara, airways)

Bilamana kanak2 yang memiliki simptom dan tanda2 di atas dikehendaki untuk masuk wad?



Home management
Hospital management
Age< 3 months
No

Yes

Toxic looking
Chest recession
Mild
Moderate to severe
Central cyanosis
No
Yes
Wheeze
Yes

Crepitation on auscultation
Feeding
Well
Difficult
Apnoea
No
Yes
Oxygen saturation
>95%
<93%
High risk group
No
Yes


Apa yang doktor akan buat untuk siasatan lanjutan:
 CXR (Chest X-ray)
-Wide range of radiological changes are seen in viral bronchiolitis:-hyperinflation (most common), segmental dan lobar collapsed/consolidation
-CXR tuk bronchiolitis ni tak selalu buat pun, tapi dicadangkanlah untuk kanak2 yang: severe respiratory distress, unusual Clinical features(symptom ngan sign yang tak seperti selalu), ada masalah jantung dan paru2 yang kronik, masuk ICU (Intensive care Unit,Unit penjagaan rapi)

Management..Apa yang perlu doktor buat pada pesakit ni?

1) General Measures
-careful assessment of respiratory status and oxygenation is critical
-arterial oxygenation by pulse oximetry(SpO2)(ni masuk kat arteri terus taw. dr saya cakap prosedur ni agak susah nak buat dan kebanyakan HO kena dibantu MO tuk buat prosedur ni). should be performed at presentation and maintained above 93%
-monitor signs of impending repiratory failure:pesakit tak boleh maintain SpO2 on inspired O2 > 40%, or a rising pCO2.
-very young infants terdedah pada apnoea dan kena diawasi.

2) Nutrition and Fluid therapy
-Feeding. patient hadapi masalah tuk makan, jadi berisiko tuk aspiration dan dehydarated. small frequent feeds as tolerated can be allowed in children with moderate resp distress. Bagi naso-gastric feeding, tapi tak praktis sangat, mungkin berguna tuk kanak2 yang tak nak makan and also empty the dilated stomach.
-IV fluid untuk children with severe respiratory distress, cyanosis, apnoea. Tapi fluid therapy ni kena hadkan to maintenance requirement of 100 ml/kg/day for infants, in the absence of dehydration.

3) Pharmacotherapy
- Beta-2 agonists.
-Antibiotics-Secondary to infection and septicaemia.

Sekian saja..saya rujuk paeds protocol, sunflower, ngan slides seminar =)


                                                                      


Sunday, 9 December 2012

Pneumonia di kalangan kanak-kanak

Jom kita belajar pasal pneumonia hari ni.. haa adakah kita pernah mendengar tentang penyakit pneumonia ni?  Penyakit pneumonia sering terjadi di kalangan kanak-kanak dan orang tua tetapi lebih tinggi kadarnya di kalangan kanak kanak. Kita kena berhati-hati dengan pneumonia ni, ia adalah di antara penyebab utama kematian kanak2 di negara yang miskin.

Apa itu pneumonia?
Pneumonia adalah acute inflammation of lung parenchyma distal to terminal bronchiole.
-lung parenchyma : meliputi terminal bronchiole, respiratory bronchioles, alveolar ducts, alveolar sacs 
                                 dan alveoli
maksud ringkasnya adalah radang paru-paru..jom kita tengok gambar tuk paham lagi..

 
dari trachea, iaitu saluran pernafasan kita, kemudian akan pecah dua menjadi main bronchus, lepas tu, lobar bronchi (secondary bronchi)-supplies a lobe, segmental bronchi (tertiary bronchi)- supply bronchopulmonary segment,seterusnya bronchioles..bronchioles ni bentuk dan sifat dia lebih kurang macam buah anggur..ianya terdiri daripada terminal bronchioles, respiratory bronchioles, alveolar ducts, alveolar sacs dan alveoli..dekat sinilah terjadinya proses pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida.

kite refer balik maksud pneumonia..iaitu acute inflammation of lung parenchyma distal to teminal bronchiole..distal ni maksudnye menjauhi..jadi, kat sini respiratory bronchioles dan ke bawah..apa yang akan terjadi kalau berlaku radang kat sini..sudah tentunya fungsi pernafasan akan terganggu sebab fungsi utama kawasan ini untuk pertukaran gas..sebelum kita pergi kepada simptom2, meh kita tengok apa yang menyebabkan pneumonia nih

Pneumonia disebabkan oleh pelbagai jenis virus dan bakteria malah dalam sesetengah kes ade juga disebabkan oleh kulat(sangat jarang, mungkin dalam kes immunocompromised). in younger children, selalunya dijangkiti oleh virus. Manakala, in older children(15-20thn), jangkitan bakteria. jangkitan ni berbeza-beza mengikut umur kanak-kanak tersebut..

-newborn/neonates (< 2bulan): ni budak baru lahir la. organisma dari mother's genital tract, biasanya group B streptococcus, dan gram -ve enterococci.

-Infants(< 1 year) and young children(upto 5 years): Respiratory viruses, selalunye RSV (Respiratory Syncytial Virus). Ada juga disebabkan bakteria seperti Streptococcus pneumoniae or Haemophilus influenzae. Bordetella pertussis dan Chlamydia trachomatis pun boleh. lagi satu oleh Staphylococcus aureus(yang ni memang tak selalu tapi serius sangat kalau kena)

-children over 5 years- Mycoplasma pneumoniae, Streptococcus pneumoniae and Chlamydia pneumoniae 

-at all ages, Mycobacterium tuberculosis should be considered.


Pneumonia akan terjadi bilamana bakteria dan virus ni (mikroorganisma) dapat password untuk masuk ke paru-paru melalui 4 jalan iaitu inhalation, aspiration (inhale contaminated food, liquids, vomits or secretion from mouth into the lungs..jadik kalo terase nak muntah, muntah je jangan tahan dan telan balik dan kalo ada kahak pun sama), hematogenous spread(ini melalui pembuluh darah) and direct spread (breath directly of germs)

Selalunye bakteria dan virus nih mane dapat masuk..ingat senang ke nak masok sesuka hati..kalo camtu habeh le selalu je dapat penyakit..hal ini disebabkan oleh faktor tertentu seperti keadaan immuniti badan yang lemah dan kegagalan fungsi struktur dalam paru2. lagipun badan kita nih ade normal flora iaitu organisma yang protect badan kita. dan ada lain lagi yang bilamana kalau badang kita diserang jangkitan kuman, maka badan akan bertindak dengan mekanisma tertentu..subhanallah hebat kan badan kita nih..jadi bersyukurlah dengan nikmat tubuh badan yang dikurniakan tuhan dan menfaatkannya dengan jalan kebaikan =)

Antara jenis-jenis pneumonia adalah community-acquired pneumonia, hospital acquired pneumonia (nosocomial pneumonia: ni dapat kat dalam hospital), Aspiration pneumonia(when foreign bosy was inhaled into lungs) dan pneumonia caused by opportunistic organism (ni bagi yang immunocompromised)

Apakah simptom2 pneumonia?
-demam dan kesusahan untuk bernafas adalah simptom yang paling biasa sekali. demam sebab jangkitan, kesusahan bernafas sebab hypoxia(kurang oksigen) due to decrease alveoli ventilation(pertukaran gas kurang atau lambat)
-batuk(respons untuk mengeluarkan bendasing yang dah terkumpul dalam paru2)
-lethargy(pernafasan,oksigen)
-poor feeding 
-localised chest pain(sakit dada), localised abdominal pain,localised neck pain(pleural irritation, this may be due to inflammation and suggest bacterial infection)

On examination pulak, kita boleh kenalpasti signs dia(tanda2). examination haruslah meliputi 4 aspek iaitu inspection(keadaan yang doktor lihat dan nampak), palpation (bila pegang untuk appreciate changes to the organ la basically), percussion (jom main ketuk2 dan dengo bunyi) dan auscultation (ye, bunyi ape tu?). jadi pesakit pneumonia:

Inspection:
-tachypnoea(kadar pernafasan yang laju- Increase respiratory rate). neonate: >60 normal 30-50, infants >50 normal 20-30, young children >40 normal 20-30, older children >30 normal 15-20
 -nasal flaring: enlargement of the opening of the nostrils during breathing. It is often a sign that increased effort is needed to breathe.

 
 -chest indrawing:  lower ribs on both sides of the chest are pulled in when the child breathes in. This is very abnormal as the lower chest normally moves out when a child breathes in. When resting, children should never have chest indrawing.
-cyanosis: biru2 kat muka dan badan.sebab kurangnye oksigen 

Palpation:
-Decreased chest expansion.
-increased vocal/tectile fremitus:the ulnar border of hand are put on chest or back and vibrations are felt, these vibrations originate from larynx since we ask the patient to repeat words like one, nine or ninety nine etc. Vibrations are better felt in solids so strong fremitus is felt in case of consolidation of lungs

Percussion:
-Dullness over affected area.

Auscultation:
-Decreased breath sound (air or fluid is in or around the lungs, reduced airflow to parts of the lungs)
-Bronchial breath sounds (bunyi coarse crackles kat end-inspiratory)
-Pleural friction rub (bunyi ni terhasil disebabkan oleh inflamed pleural surfaces that rub together during respiration)



Breath sounds










Apakah komplikasi yang bakal berlaku jika pneumonia ini tidak diatasi?
-Respiratory failure iaitu kegagalan fungsi paru2.bila terjadinya infection, organ paru2 will physically changed.thus, cannot exchange oxygen.
-Lung abscess iaitu paru2 bernanah.abscess ni adalah collection of pus.pus tu pun nanah jugak tapi yang kecik la..contoh paling senang kalau muka ade jerawat yang bila picit keluar putih tu..haaa itulah namanye pus..abscess, banyak-banyak pus jadik abscess. lung abscess is a cavitating area of localized, suppurative infection within the lungs(pembentukan cavity oleh nanah dalam paru2 disebabkan oleh organism jahat tulah).Yang bahayanye kalau dibiarkan je abscess ni, ia boleh menyebabkan pendarahan pada paru2..maka para doktor kenalah bertindak dengan cepat sebab pendarahan kat paru2 ni boleh menyebabkan kematian.langkah pertama tuk treat abscess ni adalah dengan antibiotics therapy, kalo tidak efektif, maka needle is used to drain it.
-Pleural effusion. pneumonia is a build up of fluid caused by an infection in the lung(pengumpulan cecair di dalam paru2 akibat infection).kalau jangkitan ni merebak, cecair mungkin akan berkumpul di membrane yang cover paru2 dengan membrane yang lines the surface of chest wall. Ini akan menyebabkan membrane ni yang dikenali sebagai pleura become inflamed(radang). Hal inilah yang dikenali sebagai pleural effusion. Inflammation and fluid development in the pleura.





-Empyema. If the fluid becomes infected, a condition called pleural empyema, permanent scars may develop, leading to future breathing problems as an adult.
-Collapsed lung.  juga dikenali sebagai pneumothorax.Ia terjadi bila cecair dari dalam paru2 bocor (leaks) masuk ke ruang antara chest wall dengan paru2. collapsed lung menyebabkan sudden, intense chest pain diikuti dengan kesukaran untuk bernafas(shortness of breath). Kadang2 boleh terjadi jugak sebab prosedur yang dibuat untuk treat pleural effusion dan empyema. untuk treat lung collapsed nih bagi kanak2, selalunye buat aspiration of air from lung using chest tube. tapi kalo yang mild cases, selalunye baik sendiri je.
-Septicaemia (bakteria dalam darah). Kalau pneumonia tu disebabkan oleh bakteria, infection kadang2 boleh merebak ke darah dan menjurus kepada complication yang lebih teruk. Septicaemia ni memang complication yang paling senang dapat dan boleh mengancam nyawa jika merebak ke organ yang lain pulak melalui darah contohnye jantung, otak.. Jika kanak2 tu memang da ambek antibiotik, tapi still bakteria berkembang biak dalam saluran darah, mungkin kena adjust antibiotik yang die ambil tu. Kadang2 dr bagi antibiotik melalui Intra venous je untuk combat infection ni.
-ARDS (Acute Respiratory Distress Syndrome).Simptoms meliputi biru2 dekat bibir, kulit (cyanosis), kesukaran bernafas, tekanan darah rendah dan shock.jadi kalau anak anda mengalami gejala2 nih silalah dapatkan bantuan perubatan dengan segera.




Sunday, 18 November 2012

Raja di Rawang

Wahh..Raja turun Rawang ke? Raja mana pulak ni? Raja tu buat apa pulak mencemar duli ke Rawang..hahaha pergi Rawang takpe jangan pergi rewang sudah laa ye raja..


Nilah raja nye..Kita bagi besar sikit gambo nih.

Haa hensem tak raja ni..hahaha..Ni lah Raja sehari. Namanya Khairul Anuar. Kami memanggilnya Abang War..hehe..



Sementara menunggu rombongan cik kiah dari perak ni cukup korum..ku dan family bersantai dulu di masjid al-Ehsan kalo tak silap la namanye sebelah je dengan rumah pihak pengantin perempuan, permaisuri sehari..hehe ngan sebelah jugak dengan dewan dimana kenduri diadakan di situ.. 

 This is my lovely mother


 My tawadhuk brother..hahaha...tengoh kutip kuku sebab kukunye panjang bebeno..ho2 kan ibu da maroh


 My charismatic sister..lately, she's been very busy with her 'show off stylish handphone'..hehe jgn marah ehh cek chik;)


 Heee..ni si comel ngan ibu..isy tak nak la si comel cam bunyi kucen je..ape ekk..si manis..haa boleh laa





 Haa..cer teka sapa budak dua orang nih..ahahaxD


 Ni anak abang jal..najwa (baju ungu) ngan adik die


 haa kau gosip sangat kan jahhh..





Ni lah abg jal..tapi tak nampok pulak mukenye..hmm.. ngan Afrina Aina..



aturcara: makan kenduri. perut da berkeroncong..haha..lokasi: di dalam dewan








  





Usai bersantap hidangan yang sangat menyelerakan dan mengenyangkan tu sampai menyebabkan abdominal fullness.haha.ape taknye nasi minyak + ade cendol ngan laksa..memang terbaek laaa, sesi fotogenik pulak


 Pengapit yang elegan yang tengah2 tu..ngan a dan che chik


 Pelamin raja sehari


 Bergambar beramai-ramai..xD








 Pesanan tuk ateh..gambar ni abg war yg suruh tangkap, die kate bagi ateh tengok..hehe..Nilah pasangan pengantin..bak kata orang bagai pinang dibelah dua..cocok sekali dong. Abg War ngan Kak Atikah=D



Akhir Kata, selamat pengantin baru buat Abg War ngan Kak Atikah..Moga sentiasa bahagia dalam melayari alam perkahwinan..Perkahwinan dari mulanya akad nikah hinggalah ke syurga yang kekal abadi.Insya-Allah