Labels

Kisahku (7) Notaku (2)

Tuesday, 15 March 2016

Temuduga SPA

Alhamdulillah baru balik dari interview spa. Panel aku 08. Dato' Norzam. Memang sempoi..keluar rumah dalam pukul 7 pagi dengan Abah. Iyelah nak ke Ipoh..interview start pukul 9 pagi. Kami ikut jalan lama, takut jem nanti nak masuk ipoh sebab waktu puncak orang masuk kerja kan.

Pusat temuduga spa tu sebelah je dengan restoran simpang tiga, greentown square. Kat tingkat 5. Masuk je pintu spa tu, cam pelik kejap..sebab lengang. Hanya ada 3 orang yang hendak ditemuduga dan seorang encik menunggu di kaunter..encik tu mintak la salinan dokumen dan sijil sijil semua..yg salinan tu aku letak dalam clear folder, die suruh keluarkan, dan susun ikut tertib..jadi kalo yg iv kat ipoh, bagi je macam tu..tak payah file ke ape taw.. Pastu die cop dan suruh kite isi jawatan dan tarikh temuduga.

Giliran aku 1006. Ikut 1st come 1st serve. Rupanya dah ada 3 orang dalam bilik interview tu..by group. Panel harini cuma seorang sahaja dari spa. Dari kkm tak de.hehe

Nombor dipanggil, dan gp ak pun masuk. Gp kami 1 Malaysia. Ak satu gp dengan Kishan dari msu jugak dan ling dari mannipal.

Perbualan dengan penemuduga sangat santai.

  • Kami disuruh untuk memperkenalkan diri masing masing ( asal kelahiran, latar belakang keluarga dan latar belakang pendidikan). 
  • Mengapa tugas seorang houseman dikira mencabar
  • Posting apa yang dirasakan paling mencabar dan kenapa..hehe
  • Bincang dalam kumpulan untuk bawa isu semasa apa dalam perbincangan bersama panel. Kami memilih isu zika..walaupun ak sebenarnya tak prepared pun isu tu..huhu btw, insyaAllah boleh..sorang bincang pasal asal usul zika, implikasi zika dan last sekali aku goreng goreng je..hahaha sebab rasa cam sume point dorg dah sentuh
  • Then, last sekali just sembang sembang je pasal denggi, usaha bagaimana nak atasi masalah denggi ni. Dato je yg banyak cerita pasal kejiranan dan semangat gotong royong hari ini yang seolah sudah terhakis.
  • Dato tnya ada soalan apa apa nak tanya.belum sempat kami tnya, dia dah jawab dulu bahawa penempatan tiada lagi setakat ini. Mungkin paling awal pun bulan 5 insyaAllah :)
Bagi yang akan menghadapi interview, stay calm..iv spa untuk ud41 ni adalah satu proses sebelum penempatan.insyaAllah semua lulus. Walaupun sebenarnya ak cuak jugak..tak boleh blah, betullah mengikut kajian lebih 50% apa yang kita risaukan sebenarnya tidak terjadi..

Jika kita merasakan masalah kita besar, ingatlah kita punya Allah yang maha besar :D

Owh ye, keluar bilik iv, baru tengok ramai orang..harini mngikut list nama rasanya kurang  dari 20 orang. Iv ak 30 minit..masuk 8.50 keluar 9.20.

All the best semua..moga dipermudahkan :)

4 comments: