Banyak benda pada diri kita
membuatkan kita tidak puas hati, membuatkan kita rasa kekurangan masih
ada lagi yang tidak cukup, secara ringkasnya kita mahukan kesempurnaan, kita
mahukan perhatian mahukan pada kebendaan dan kemewahan. Ya, memang tidak dinafikan
hal ini adalah perkara biasa perasaan hati dan nafsu manusia yang tidak pernah
puas dan mensyukuri atas apa yang ada. Kita sering sekali melihat benda yang
bukan milik kita lantas mengidami apa yang ada pada orang lain yang Nampak
cantik pandangannya pada deria mata kita. Namun, jarang kita melihat, merenung
apa yang kita ada dan mensyukurinya malah mungkin kita tidak pernah sedar atas
apa yang kita miliki yang mana mungkin orang lain juga mahu menjadi dan
memiliki apa yang kita ada. Untuk ini jikalau kita mahukan kerendahan hati
wujud dalam diri kita, maka untuj hal dunia, maka pandanglah pada orang yang di
bawah kita, jika dalam hal akhirat, maka pandanglah pada orang yang di atas
kita..jika ini diamalkan, insya-Allah, kerendahan hati akan terbit dan sifat
syukur akan kita peroleh.
Alam diciptakan untuk apa? Di dalam alam ada pelbagai
kehidupan. Untuk tujuan apakah hidupan-hidupan ini diciptakan? Antara salah
satu sebabnya supaya kita dapat belajar melalui alam sekeliling kita. Sepanjang
aku berada di fasa klinikal ini, ia mengajar aku untuk lebih menghargai dan
mensyukuri atas nikmat kesihatan dan lain2 nikmat yang Allah kurniakan kepada
aku. Betullah kata kebanyakan orang nikmat kesihatan itu adalah amatlah
berharga. Ianya datang dari badan yang sihat melalui penjagaan individu itu
tersendiri. Bidang aku mengajar untuk tidak meletakkan simpati tetapi empati.
Aku perlu menjauhkan emosi tetapi cuba meletakkan diri aku dalam diri individu
yang aku depani dengan maksud cuba memahami keadaan yang mereka alami. Jika
emosilah yang diletakkan utama, jawapannya hanya pada mata.
Teruslah berlari mengejar mimpi. Jangan pernah berhenti
kerana kelak impi mu itu insya-Allah akan menjadi realiti =D