First posting aku untuk 3rd year nih adalah O&G iaitu Obstetrics and Gynaecology..Obstetrics bab ibu2 mengandung dan gynaecology pulak berkaitan dengan hal2 perempuan iaitu sakit puanlah..Sekarang nih aku dah minggu ke-4..dah hampir sebulan lah aku kat posting nih..huh cepatnye dah sebulan!! Dalam 3rd year nih ade 5 posting..setiap satu posting adalah selama 2 bulan..sebab aku mula ngan O&G..jadik rotationnye..O&G, Paediatrics, Primary Care+psychiatry, Medicine dan Surgery.
Dekat hospital memang nak kena buat muka tak malu..iyelah nak belajar kan mana boleh malu..walaupun aku nih sorang yang pemalu..wakaka..memang kena tebalkan muka lah..sebab sekarang nih dah takde da duduk dalam kelas je macam 1st ngan 2nd year..kami ade jugak kelas..di samping itu ade tambahan kat hospital..universiti terchenta aku telah menghantar medical studentnye ke HTAR..jeng2 Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang. 3rd year ni kat HTAR, then 4th year nanti mungkin kat Sg.Buloh lepas tu 5th year kat HTAR balik..haha..tulah memula masuk dulu macam dilema jugoklah to move or not to move kann..sebab mula2 tak tahu yang 4th year maybe kat Sg. Buloh. Pastu lepas pikir2 dan tengok reaksi budak2 umah aku yang juga merangkap satu kos ngan aku..kami tak pindah sebab kedudukan umah kami di seksyen 13 nih..eleh sebelah msu je..haha terletak lebih kurang tengah2 lah antara Klang ngan Sg. Buloh. Jadik ulang alik jelah;)
Berbalik pada posting O&G, kami telah diberi satu logbook yang bersaiz setengah A4, warna ungu untuk dilengkapkan dan dikembalikan semula untuk diberi markah at the end of posting..Dalam tu adalah memula die letak senarai nama orang2 penting kat HTAR yang terdiri daripada HOD dan specialist then lecturer dr msu..lepas tu ade senarai name posting..aku ngan budak umah under group C..memang presiden kami letak yang satu rumah dalam satu group untuk memudahkan dari segi pengangkutan.jumlah manusia dalam group aku..hehe 36 orang.pastu die bagi subgroup pulak 6 orang per subgroup..then, die buat weekly distribution of students. so, dlm seminggu tu kami takdelah pergi wad je contohnye..die bagikan kepada obs ward 1A, Labour room, Obs ward 1B, Clinic, Gynae ward 2A dan OT..huh sampai skang aku tak jejak kaki lagi kat OT..really hope to see u OT!!.Banyak lagik nak citer nih..tapi da rase mengantok pulak..ok lah nanti senang2 dan rajin aku sambung..hehe=D